Wednesday, 11 April 2012
RESEPI PUDING ROTI BAKAR
Sebelum di bakar
Selepas dibakar
Bahan-bahan:
7 - 8 keping roti (disapu mentega dipermukaan roti)
650ml susu segar @ susu cair
3 biji telur
30gm gula halus
30gm kismis
1 sudu esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Sapukan mentega pada permukaan roti (sebelah bahagian sahaja)
3. Ratakan roti ke dalam loyang dan tabur kismis di atas nya. (lapis semula dengan roti dan kismis hingga habis)
4. Di dalam bekas lain, pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar @ susu cair dan esen vanilla.
5. Tuang campuran susu ke dalam loyang roti dan biarkan selama 5 minit supaya susu meresap ke dalam roti tadi.
6. Akhir sekali bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
** Saya tambah kan dengan potongan cheese untuk menambahkan lagi kesedapan nya.
SELAMAT MEMCUBA YAA.. :)
Purple Cupcake for Birthday
Order from Zaid utk tunang tersayang.. Thank you so much Zaid.. Cheese Chocolate cupcake with buttercream icing.. And thank to hubby yang tlg deco.. :)
Sunday, 8 April 2012
Fondant Cup Cakes - Congrant! Qasem..
12 pcs fondant chocolate moist pilihan shafik dari Bintulu. Hadiah utk adik tersayang yg lulus SPM. Thank you Shafik utk order and Congratulation to Qasem yg lulus SPM.
RESEPI APAM POLKADOT
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
- Pewarna ikut suka
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya atau apa2 filling mengikut citarasa masing2.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)