Wednesday 11 April 2012

RESEPI PUDING ROTI BAKAR


Sebelum di bakar

Selepas dibakar

Bahan-bahan:
7 - 8 keping roti (disapu mentega dipermukaan roti)
650ml susu segar @ susu cair
3 biji telur
30gm gula halus
30gm kismis
1 sudu esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Sapukan mentega pada permukaan roti (sebelah bahagian sahaja)
3. Ratakan roti ke dalam loyang dan tabur kismis di atas nya. (lapis semula dengan roti dan kismis hingga habis)
4. Di dalam bekas lain, pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar @ susu cair dan esen vanilla.
5. Tuang campuran susu ke dalam loyang roti dan biarkan selama 5 minit supaya susu meresap ke dalam roti tadi.
6. Akhir sekali bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.

** Saya tambah kan dengan potongan cheese untuk menambahkan lagi kesedapan nya.

SELAMAT MEMCUBA YAA.. :)

No comments:

Post a Comment

All reserved by fariesya cake house dot com